follow & dashboard


✖♬ 3 Org Yg Menerjah Blog ✖♬

4 Oktober 2018

03/10/2018

ASSALAMUALAIKUM SEMUA . haii . aku dah lame x uodate kat blog nie kan . lately sgt2 busy . mcm2 aku kene buat . ada masa aku rasa mcm aku tak cukup masa untuk menaip kat blog nie . tapi sekarang aku perlu menulis dan bercerita . humm . ( bunyi mcam mengeluh tetapi tidak ) . so ,mari kita mulakan blogger aku . (selamat membaca guys)


dulu , masa aku belajar(better xyah ckp la zaman bila) aku ada kenal dgn beberapa org kawan perempuan . dan kawan perempuan aku sgt-sgt rapat (boleh digelar sebagai bff la). kami sentiasa gila2 , buat kerja pun bersama-sama . sampai bergambar pun penuh gmbar2 dia dan aku . ( dulu pakai phone murah jerr) . selesa berkawan bersama andaikan tiada rahsia antara kami . walaupun kenal dia tidak lama, tapi moment yg kami cipta sangat lama . mula nya, dia panggil aku budak sombong .sbb aku tidak mahu berkawan dengan sesiapa hinggalah satu hari , dia berjaya buat aku untuk berkawan dengan dia .( aku bukan sombong tau tapi aku tengah belajar menyesuaikan diri dengan keadaan waktu laa . ape daa .) ramai yang kata aku nie sombong , tak nak berkawan dengan orang la . aku biasalah , bukan senang nak kenal . (lambat kenal dengan org sbb aku jenis berhati-hati berkawan). kami berkawan sgt lama , sampai la aku pergi belajar di tempat lain. sbb aku tahu result aku x cemerlang mcm kawan2 lain. dan dia , dia kerja waktu tu . berubah haluan kan kami .last aku dengar , dia kerja apa entah , tu je aku tahu . sbb masa dia kerja merapu (biasa-biasa), dia ada tanggungjwab lain yg dia kena selesaikan. itu pun , aku tahu masa dia jd kawan kat laman sosial.hanya itu je aku tahu .tu pun xbyk . dia bertunang pun aku tahu nk dekat2 dia nak kawin. (sedihkan aku, kawan last minute tahu) yg kwan- kawan yg lain ada dah berkahwin , ada yg kerja . macam2 lahhh .


sekarang , zaman dah berubah (PM kita pun dah tukar yg baru ,. hihii .) betol la kata org , hidup nie macam roda . kalau dulu, kita duduk kat atas , sekarang kita kat bawah. sekarang jugak lah , aku dah tak berkawan dengan dia . ( sebab nya hanya kami berdua je tahu ). kalau lah aku boleh putar balik masa kan , aku taknak knl dengan dia dan aku taknak tahu dia dtg dari mane .aku jugak tersilap sbb bercerita kisah kisah silam aku dekat dia.  itu,main dengan "KALAU" . sebab kita manusia , mungkin ada melakukan kesilapan yang kita tak tahu. macam aku jugak , takkanlah aku suci dari dosa . kita bukan maksum laa . mesti ada buat silap . ( huummmm mengeluh panjang aku ) . kalau dia rasa aku ni kawan dia , mungkin dia boleh berfikir secara baik. tapi dia tidak menganggap aku kawan malah menjadikan aku ni lawan dia . aku tidak pernah takut pada byg2 aku sendiri ,sbb aku tahu salah dan silap aku kat mana. dan aku jugak berani berhadapan dengan orang sekeliling aku. walaupun orang sekeliling aku tahu kisah peribadi aku. sedikit pun mereka tidak menghina aku malah memberi nasihat pada aku . benda yang lepas aku tak pernah kenang . sebab benda silam .


aku bersyukur sebab keluarga aku dan keluarga mertua aku sgt2 memahami keadaan aku . biarlah aku tidak mempunyai kawan yang ramai ,kawan yg memahami aku , tetapi keluarga tetap menjadi sumber kekuatan aku . aku mungkin jahat dimata dia , tetapi aku tidak jahat dimata keluarga aku . aku bersyukur sangat-sangat. kalau aku jahat dimata dia , belum tentu dia boleh maafkan aku tapi kalau aku jahat dimata keluarga aku , diorang sudah bersedia maafkan aku dengan tenang . dia orang luar . bukan keluarga kau bukan darah daging aku . BUKAN !

maaf korang , kali nie post aku sgt sedih dan terasa hati . sbb aku dah penat menjaga hati orang . walaupun aku pernah melakukan dosa yg sgt2 besar , aku tetap di hina, di caci . tak paham aku dengan sikap org mcm tu . biarlah rahsia aku dengan ALLAH je tahu . yg penting sekarang , aku betul2 mintak maaf . dan aku dan sorg lg kawan aku , dah taknak stalker kisah hidup kau dan family kau . terpulanglah pada kau sendiri utk berfikir sama ada baik atau tak baik, sekian !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan