SAHABAT .. :(
Assalamualaikum guys ! baca nie ekk .. njoy it .. :)
Korang ada kawan sejati ? Maksudnya kawan yang sentiasa ada masa susah korang, masa senang korang. Yang tak kisah dan tak merungut bila korang ada masalah. Dalam dunia ni, akan ada bermacam-macam jenis kawan dan yang pastinya ia terbahagi kepada dua iaitu kawan di alam maya dan kawan di alam realiti.
Bagi korang, mana satu yang lagi bermakna dan lagi penting dalam hidup ni ? Adakah kawan-kawan maya yang korang langsung tak pernah jumpa dan hanya berkenalan secara ‘ekspress’ di alam maya? Atau kawan yang memang korang dah kenal lama dan dah betul-betul kenal hati budinya?
Bagi aku aku, dua-dua ada kepentingan tersendiri. Alhamdulillah sepanjang aku berada di dunia maya (facebook, friendster, myspace,twitter, blogger dll) dah macam-macam jenis kawan yang aku kenal. Boleh dikatakan kawan maya aku lebih ramai dari kawan realiti dan aku rasa majoriti antara korang juga akan berkata demikian. Kawan mayalah yang menceriakan hari-hari aku dan mereka jugak lah tempat aku ‘menggila’ bila kebosanan lebih-lebih lagi lepas SPM ni. Tapi persoalannya berapa ramai yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita di alam maya? Adakah kita ditambah sebagai kenalan hanya kerana kita cantik? hensem? kaya? Jawapannya ada pada korang!
Bagi kawan realiti, mungkin ramai berpendapat bahawa mereka ni lebih dipercayai untuk menjadi tempat bagi meluahkan atau berkongsi sesuatu. Sebab mereka inilah yang dah betul-betul faham tentang diri korang dan korang juga telah faham tentang diri mereka. Aku juga yakin korang mesti ada kawan ‘sekepala’ masing-masing kan? Merekalah kawan realiti dan mereka jugaklah kawan maya. So jagalah mereka sebab kadang-kadang kawan yang kita rapat ni lebih mudah terasa bila kita apabila mereka dimarahi atau dipinggirkan. Tapi kena berhati-hati! Ada jugak jenis kawan yang makan kawan. Tak mustahil kawan yang kita percaya 100% sebelum ni akan tikam kita dari belakang kan?
Kawan realiti ke alam maya ke yang penting kita tahu etika dalam berkawan. Bagi aku tak tegur tak semestinya tak ingat atau dah berubah menjadi SOMBONG ke ape tapi mungkin masing-masing sibuk dan ada tanggungjawab kan so bersangka baik jelah. Biasalah kan sebab memang susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang.
Tegurlah aku andai aku silap, betulkan aku andai aku salah kerana setiap manusia ada kekurangan dan Allah menghantar ANDA-ANDA hadir sebagai kawan aku untuk menjadikan aku lebih sempurna :)
Ok bye ... syg korg cz sudi baca blog aku ... bye & assalamualaikum .. *_*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan