assalamualaikum guys ! nak bace coretan sedih aku nieee... enjoy it eahh... :)
saya sendiri tidak mampu menolak nya..dan awk telah berjanji kepada saya yang awak adalah orang pertama yang akan terus bertakhta di hati saya..
hanya dengan pertemuan yana di aturkan oleh teman menjadi titik pertemuan antara saya dan awak.. dan dengan teman rapat awak juga la awak menjadi insan yang sangat istimewa di hati saya.. saya sendiri tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya sangat menyayangi awak.. dan awak telah berjanji akan terus menjaga dan melindungi saya daripada segala perkara..
bagai merpati putih, CINTA saya bekelana mencari singgahsana di hati awak.. akan tetapi, saya tidak menemuinya.. tetapi, bila awak memiliki CINTA saya, awak telah mencampakkannya jauh dari diri awak seolah-olah saya berada di kawasan yang sukar untuk di selam.. disana saya tiada cahaya.. awaklah sumber cahaya yang saya ada.. awak telah memberikan saya harapan dan awak jugalah yang telah menyalakan api bagi membakar semangat saya telah lama terpadam.. adakah awak masih ingat semua itu..?
saya sedih sangat bila awak buat saya begini.. mengapa awak lakukan semua ini kepada saya? apa salah saya..? adakah semua ini CINTA palsu yang telah berikan kepada saya.. MENGAPA AWAK??! persoalannya sekarang,siapa saya di hati awak??
- adakah selama ini awak tidak menyintai saya??
-siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati ini??
-siapa pula yang mengajar saya CINTA memerlukan pengorban??
-siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada diri sendiri??
siapa awak?? siapa ?? kalau bukan AWAK !
awak,kita hidup cuma sekali,mati sekali dan menyintai sekali.. tidak ada kedua nya.. kalaulah satu hari nanti awak bertanya kepada saya, sedalam mana CINTA saya kepada awak, saya akan jawab :
'kalau satu hari awak kehilangan suara,saya akan berikan suara saya agar awak dapat bercakap meskipun saya telah bisu pada ketika itu..'
'dan sekiranaya saya kehilangan hati,saya akan berikan kepada awak agar awak dapat hidup selama-lamanya .. meskipun saya telah tiada pada ketika itu..'
seseorang pernah berkata :
'if you really LOVE someone,then let that person go..if that person is meant for you,than that person will come back to you eventually.. but,if that person does not,then that person was never meant for you,in the first place..'
awak,kerana saya menCINTAi awaklah,saya terpaksa pergi demi melihat kebahagiaan awak bersama si dia.. saya berdoa agar satu hari nanti awak akan temui apa yang awak mahukan dalam hidup awak.. saya tahu ada hikmah di sebalik perpisahan antara kita.. saya berharap agar awak dapat menghargai CINTA yang pernah terjalin antara kita.. saya juga tidak pernah menyesal sepanjang saya mengenali awak..
renungan bersama :: hargailah CINTA eaa.. :)
p/s :: sebelum tido baca doa tido ea... syg korg cz sudi bace blog aku niee... assalamuaikum & selamat malam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan